Sejarah Sekolah
Sejarah
Dibina pada tahun 1920 dan ditadbir oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Jarak dari sekolah ke Bandar Kuantan kira-kira 17km. Kampung Sungai Karang adalah sebuah kampung yang rata-rata penduduknya ialah kaum Melayu. Memandangkan terdapat penduduk yang ramai, maka Pejabat Pendidikan
Daerah Kuantan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah sekolah
bagi memenuhi keperluan pendidikan di kawasan tersebut.
Maka pada tahun 1920, tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi nama
Sekolah Melayu Sungai Karang. Sekolah ini mendapat nama sempena nama
kampung tersebut iaitu Kampung Sungai Karang.
Pada tahun 1935, Sekolah Melayu Sungai Karang ditukarkan namanya kepada Sekolah Umum Sungai Karang. Fenomena pertukaran nama tersebut berlaku kerana memberi peluang
kepada penduduk yang terdiri daripada kaum Cina dan India belajar di
sekolah ini.
Pada tahun 1956, sekali lagi Sekolah Umum Sungai Karang ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Karang. Perubahan ini adalah sejajar dengan penyata Razak 1956 yang telah
menyarankan agar semua sekolah menukarkan nama sekolah dengan meletakkan
perkataan Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan bagi sekolah Cina dan India, berdasarkan daripada saranan Penyata Razak, maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.